Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Iklan
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Khamis berikutan mata wang dolar itu pulih daripada penurunan terendah dalam lebih dua bulan awal minggu ini. - Gambar hiasan

RINGGIT ditutup rendah berbanding dolar AS pada Khamis berikutan mata wang dolar itu pulih daripada penurunan terendah dalam lebih dua bulan awal minggu ini didorong oleh data jualan runcit Amerika Syarikat (AS) yang lebih kukuh daripada jangkaan.

Data pada Oktober sekali lagi mencetuskan ketidaktentuan haluan kadar faedah AS, kata seorang peniaga.

Iklan
Iklan

Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.6850/6910 berbanding dolar AS 4.6695/6755 ketika ditutup pada Rabu.

Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit lemah pada sesi pagi dan berada pada RM4.7175 berbanding dolar AS tetapi pulih pada tengah hari kepada RM4.6890.

Iklan

"Sentimen pasaran masih bertumpu kepada langkah seterusnya Rizab Persekutuan AS, yang menyaksikan kadar AS menghampiri kemuncaknya. Esok, pasaran dijangka bertumpu kepada pengumuman suku ketiga Kadar Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia, sama ada pertumbuhan 3.3 peratus mampu dikekalkan berdasarkan anggaran awal," katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, hasil itu mula berkurangan apabila pasaran membuat kesimpulan jualan runcit itu jauh daripada kecenderungan menaikkan kadar faedah, mengambil konteks angka Indeks Harga Pengguna yang lemah.

Iklan

Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama yang lain.

Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.0963/1005 daripada 3.1049/1091 ketika ditutup pada Rabu, namun susut berbanding euro kepada 5.0832/0897 daripada 5.0669/0734 sebelum itu.

Mata wang tempatan itu ditutup rendah berbanding mata wang negara ASEAN.

Ia menurun berbanding dolar Singapura kepada 3.4737/4784 daripada 3.4615/4662 pada Rabu dan merosot berbanding peso Filipina kepada 8.40/8.41 daripada 8.36/8.38 sebelum itu.

Ringgit juga lemah berbanding baht Thai kepada 13.2065/2286 daripada 13.1713/1935 semalam dan merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 301.1/301.7 daripada 300.5/301.1. - Bernama