Agong berkenan dengar taklimat persediaan hadapi banjir Pahang
Iklan
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat ke Taklimat Persediaan Monsun Timur Laut Negeri Pahang di Taman Negeri Rompin hari ini. - Foto Bernama
ROMPIN - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mendengar Taklimat Persediaan Menghadapi Banjir Tahun 2023/2024 Pahang di Taman Negeri Rompin di sini pada Khamis.
Taklimat tertutup selama lebih sejam yang bermula jam 9.45 pagi itu disampaikan oleh Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman.
Iklan
Iklan
Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Setiausaha Kerajaan Pahang, Datuk Seri Zulkifli Yaacob yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri serta ketua jabatan pelbagai agensi yang berkaitan pengurusan banjir juga menghadiri taklimat itu.
Seri Paduka pada sesi taklimat itu menitahkan semua pihak untuk membuat persiapan sebaiknya dan mengambil berat tentang aspek kebersihan di pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka bagi menempatkan mereka yang terjejas bencana tersebut.
Iklan
Pada sesi taklimat itu, Seri Paduka disembah maklum bahawa sebanyak 763 kawasan di Pahang dikenal pasti sebagai berisiko banjir dengan Temerloh dan Jerantut merupakan daerah pertama dan kedua tertinggi berisiko selain 290 lokasi berisiko berdepan masalah jalan terputus kerana dinaiki air.
Ini berdasarkan jangkaan jumlah hujan bulanan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia yang antara lain menjangkakan Kuantan, Pekan dan Rompin akan menerima hujan pada skala sederhana-tinggi pada bulan ini disusuli skala sangat tinggi pada Disember manakala daerah lain diramalkan menerima hujan pada skala sederhana sepanjang Monsun Timur Laut.
Iklan
Sebagai persediaan, 159 pangkalan hadapan telah dipersiapkan serta 856 PPS dengan kapasiti boleh menampung 166,295 orang disediakan di semua daerah, selain 264 lokasi pendaratan helikopter dikenal pasti bagi misi penyelamatan dan penghantaran bantuan jika penggunaan aset udara diperlukan.
Bagi penugasan semasa banjir, Al-Sultan Abdullah disembah maklum bahawa Jawatankuasa Kecil Pemindahan dan Menyelamat Mangsa Banjir Pahang mempunyai 5,770 pegawai dan anggota daripada 13 agensi dengan 693 kenderaan darat dan 232 aset air sedia digerakkan apabila bencana itu berlaku.
Bagi aspek kesihatan, Seri Paduka dimaklumkan bahawa Jabatan Kesihatan Pahang telah mengenal pasti 24,222 individu yang berisiko memerlukan fasiliti kesihatan pada musim banjir, antaranya mereka yang dijangka melahirkan anak, individu yang memerlukan bekalan ubat berterusan dan pesakit terlantar.
Terdahulu, sebelum taklimat bermula, Seri Paduka berkenan mencemar duli melepaskan 70,015 ekor benih ikan air tawar daripada spesies kelah, lampam sungai dan terbul di Sungai Kincin yang terletak dalam taman negeri itu.
Benih ikan tersebut diperoleh dari dua pusat pengembangan akuakultur di Pahang iaitu di Perlok, Jerantut dan Bukit Tinggi, Bentong. - Bernama
BERITA SEMASA 13 MEI 2024
Kerajaan menguatkuasakan undang-undang tidak membenarkan pengusaha van pelancong di Thailand membawa masuk kenderaan mereka bagi mengelakkan industri bas ekspres di negara ini terjejas.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, ada di antara pengusaha terbabit akan mengambil peluang membawa penumpang dalam negara selain membawa pelancong mereka.
Jelasnya, pengusaha akan singgah untuk mengambil penumpang di dalam negara dan pergi sehingga ke Kuala Lumpur atau mana-mana destinasi melalui Kelantan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664499/berita/nasional/van-pelancong-thailand-tidak-dibenarkan-masuk-malaysia---anthony