Ketirisan dapat diatasi, tapi pengguna terbeban
Iklan
Mohd Faisol (gambar kecil) berkata, menaikkan harga minyak masak peket bersubsidi salah satu pendekatan atasi penyelewengan, tetapi ia beri kesan berantai kepada barangan menggunakan minyak. - Gambar hiasan
SHAH ALAM - Tindakan menaikkan harga minyak masak peket bersubsidi dapat mengatasi ketirisan, namun akan membebankan pengguna.
Pensyarah Perbankan dan Kewangan Islam, Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr Mohd Faisol Ibrahim berkata, menaikkan harga minyak masak tersebut merupakan salah satu pendekatan atasi penyelewengan, tetapi ia akan beri kesan berantai kepada barangan yang menggunakan minyak.