Zionis mahu halau penduduk Palestin
Iklan
Penduduk yang tinggal di utara Gaza terpaksa meninggalkan rumah mereka susulan serangan bertalu-talu tentera Israel sejak 7 Oktober lalu.
BANDAR GAZA - Tindakan zalim dan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis terus dipertontonkan kepada dunia selepas ia pada Rabu melancarkan ‘operasi gila’ ke atas Hospital al-Shifa, hospital terbesar di Bandar Gaza yang didakwa menjadi pusat operasi bawah tanah pejuang Hamas.
"Tentera kami sedang melancarkan operasi tepat dan menyasarkan Hamas di kawasan tertentu di al-Shifa,” ujar Pasukan Pertahanan Israel (IDF) dalam satu kenyataan.