Banjir: Pemilik bot, pasukan keselamatan perlu kerjasama

Iklan
Abdul Wahab (kanan) mencuba masakan di salah satu reruai JBPM sempena Majlis Sambutan Minggu Inovasi JBPM 2023 pada Rabu.

KOTA BHARU - Pemilik bot persendirian yang membantu menyelamat dan memindahkan mangsa banjir memerlukan sekurang-kurangnya jaket keselamatan sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan berlaku kejadian tidak diingini.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Abdul Wahab Mat Yasin berkata, mereka juga digalakkan bekerjasama dengan agensi penyelamat.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, Abdul Wahab memberitahu, ramai pemilik bot yang sudah bekerjasama dengan agensi terbabit termasuk bomba dikenal pasti mahir dengan selok-belok di lokasi mereka.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Sambutan Minggu Inovasi JBPM 2023 pada Rabu.

Iklan
Abdul Wahab (kiri) menikmati masakan di reruai JBPM Terengganu sempena Majlis Sambutan Minggu Inovasi JBPM 2023 pada Rabu.

Abdul Wahab turut memberitahu, bomba juga akan berhubung dengan mereka untuk membantu dalam operasi selain memberikan latihan menyelamat dan membekalkan bahan api.

"Ia menjadi keutamaan dalam memastikan keselamatan pemandu bot itu sendiri dan penumpang," katanya.

Iklan

Dalam pada itu, jelasnya, jabatan berkenaan turut membuka pusat kawalan jika berlaku insiden sekali gus memudahkan orang awam membuat laporan.