Aiskrim perisa paracetamol, sedap ke?

Iklan
Perkongsian Foodfess kini tular di media sosial.

INDONESIA - Aiskrim dikenali sebagai makanan beku berasaskan produk tenusu yang dijadikan pencuci mulut sering menjadi kegemaran kanak-kanak kerana mempunyai variasi warna dan rasa.

Secara umumnya, aiskrim dicipta dengan rasa manis seperti coklat, masam manis gabungan strawberi dan vanila yang membuatkan sensasi dinginnya menjadi igauan.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, lain pula apabila aiskrim berperisa ubat paracetamol kini mula tular di media sosial Indonesia selepas individu bernama Foodfess di Twitter memuat naik gambar tersebut.

Sekali pandang, ais kirim tersebut dilihat enak, seolah-olah memiliki rasa vanila.

Iklan

Pada label aiskrim tersebut turut terpapar tulisan Paracetamol HTP 500 miligram dengan paparan bawahnya tertulis 20 biji tablet, berkemungkinan bahan dan kuantiti tersebut digunakan dalam pembuatan aiskrim terbabit.

Rata-rata netizen teruja dengan perasa pelik itu dan teringin mencubanya.

Iklan

Perkongsian Foodfess kini tular di media sosial dan rata-rata warga maya yang melihat kiriman ini berasa teruja dan ingin tahu keunikan rasa sebenar aiskrim paracetamol itu.

"Manusia mana yang nak makan aiskrim ini. Perisa ubat wey masuk tekak mahu rasa pahit-pahit. Perisa yang amat pelik tapi terasa pula macam nak mencuba aiskrim perisa ubat sakit kepala," tulis Mohd Don di Twitter.

Linda Rahman pula memberitahu,"Waduh, di mana ada menjual perisa ini teringin pula nak rasa sebab tengok daripada gambar menggiurkan. Teringin nak rasa walaupun hakikatnya mesti pahit tu. Siapa yang ada rasa pening kepala boleh makan aiskrim ini."

Antara reaksi netizen yang teruja dan ingin tahu keunikan rasa sebenar aiskrim perasa paracetamol.