Kelantan hasilkan cuka rambutan, dokong
Iklan
Hannis menunjukkan cuka rambutan dan dokong yang dihasilkan PKPNK.
KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan melalui Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Kelantan (PKPNK) dengan kerjasama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Jeli berjaya menghasilkan cuka daripada rambutan dan dokong bagi mengatasi masalah lambakan buah-buahan tempatan itu.
Idea itu tercetus selepas Exco Pertanian, Industri Agromakanan dan Komoditi Kelantan, Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail mendengar keluhan penduduk kampung mengenai lambakan hasil setiap kali musim buah.
Tuan Mohd Saripudin (kanan) semasa membuat lawatan di kilang cuka rambutan dan dokong di Pengkalan Chepa.
Iklan
Iklan
Pegawai Eksekutif Pengeluaran dan Kualiti PKPNK, Hannis Mohd Asri berkata, rasa cuka rambutan dan dokong itu sama sebagaimana yang dihasilkan daripada buah tin serta epal.
"Kami mendapat geran daripada kerajaan negeri pada tahun 2019 kemudian selepas itu negara dilanda Covid-19.
Iklan
"Hujung 2021 kami mula balik dengan menyiapkan kilang dan sebagainya. Alhamdulillah pada tahun ini cuka rambutan dan dokong telah berjaya dikeluarkan dan masih lagi dalam proses penyelidikan dan pembangunan (R&D)," katanya kepada Sinar Harian semasa ditemui di kilangnya di Pengkalan Chepa di sini pada Selasa.
Salah seorang kakitangan membuat pemeriksaan terhadap cuka yang dihasilkan.
Menurut beliau, sebagai permulaan sebanyak 2,500 botol telah dihasilkan untuk diperkenalkan dalam kalangan kakitangan kerajaan negeri bagi membolehkan mereka mencuba dan merasai sendiri khasiat cuka tersebut.
Iklan
Ujarnya, cuka rambutan dijual pada harga RM30 manakala dokong RM35 sebotol.
Kerajaan Kelantan melalui PKPNK dengan kerjasama UMK Kampus Jeli berjaya menghasilkan cuka daripada rambutan dan dokong.
Tambah Hannis, rambutan dan dokong tersebut diperoleh terus dari penduduk kampung tanpa menggunakan orang tengah.
"Setakat ini kami memperolehi satu tan rambutan dan dokong. Proses untuk menghasilkan cuka berkenaan mengambil masa selama 60 hari.
Proses untuk menghasilkan cuka berkenaan mengambil masa selama 60 hari.
"Besar harapan kami agar produk ini mendapat sokongan padu daripada pengguna apabila ia masuk ke dalam pasaran nanti kerana ia juga memperoleh sijil halal," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Perarakan jentolak sempena Merdeka, gegar suasana kampung"><meta itemprop="description" content="Perarakan jentolak sempena Merdeka, gegar suasana kampung
Deruman enjin jentera berat menggegarkan suasana kampung apabila 10 jentolak, dua lori dan beberapa kenderaan pacuan empat roda menyertai perarakan sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chetok pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Perarakan sejauh kira-kira 300 meter itu mencuri perhatian penduduk apabila deretan jentera yang lazimnya digunakan di kawasan perlombongan pasir tampil memeriahkan sambutan kemerdekaan bersama masyarakat setempat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794247/edisi/kelantan/perarakan-jentolak-sempena-merdeka-gegar-suasana-kampung
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #HariKebangsaan #Perarakan #Jentolak #PasirMas"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-31T06:48:40.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P131S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb2njc6"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb2njc6"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb2njc6"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Akhbar 69 tahun catat sejarah kemerdekaan masih disimpan, pernah ditawar RM20,000"><meta itemprop="description" content="Akhbar 69 tahun catat sejarah kemerdekaan masih disimpan, pernah ditawar RM20,000
Naskhah akhbar lama berusia 69 tahun yang merekodkan detik bersejarah pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu pada 1957 masih disimpan rapi sebuah keluarga di Kampung Kekabu, Lemal, Pasir Mas meskipun pernah ditawar RM20,000 beberapa tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Naskhah The Sunday Times bertarikh 1 September 1957, iaitu sehari selepas pengisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu, kini berada dalam simpanan Noorulhuda Ibrahim, 44, selepas suaminya, Mohd Tarmizi Ismail meninggal dunia akibat sakit buah pinggang pada Ogos 2023.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794108/edisi/kelantan/akhbar-69-tahun-catat-sejarah-kemerdekaan-masih-disimpan-pernah-ditawar-rm20000
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Arkib #Akhbar #Sejarah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-30T10:09:05.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb2d7na"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb2d7na"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb2d7na"></script>