Kita semua adalah pelupa
Iklan
Cara terbaik untuk menghindar sindrom terlupa anak ini ialah pastikan anak kecil sentiasa bersama kita, walaupun mungkin perlu keluar kereta hanya beberapa minit. - Foto hiasan
KITA mulakan tulisan ini dengan satu premis: Kita semua adalah pelupa. Kita adakala terlupa mengingat di mana kita meletak kunci kereta, dan sesekali terlupa kata laluan e-mel.
Cumanya kerana ia lupa yang tak menghilangkan apa-apa, kita abaikan sahaja. Kita terlupa yang mungkin kita pernah terlupa.