Tun M dakwa Najib penyebab orang Melayu berpecah
Iklan
Dr Mahathir (kiri), Najib
SHAH ALAM - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak penyebab kepada perpecahan orang Melayu kerana mengamalkan politik wang.
Dakwa beliau, tindakan secara terbuka bekas Ahli Parlimen Pekan itu dalam mengutamakan wang semata telah menyebabkan kedudukan UMNO merosot.
Iklan
Iklan
"Ketika saya jadi Perdana Menteri, kita tidak pernah kalah atau kurang daripada dua per tiga majoriti. Masa itu, UMNO masih kuat sehingga MCA dan MIC menyokong. Kita jadi satu kerajaan yang kuat.
"Apabila Najib jadi Perdana Menteri, dia secara terbuka kata ‘cash is king’. Itu bukan perjuangan UMNO. Perjuangan UMNO adalah kerana bangsa, agama, negara.
Iklan
"Sebab itu saya tidak boleh sokong Najib kerana dia penyebab berlakunya perpecahan dan merosotnya UMNO sehingga dapat 80 (kerusi), 90 turun 50 hingga 26,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Podcast Keluar Sekejap Episod ke-65 yang dihoskan oleh Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Shahril Hamdan pada Isnin.
Iklan
Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu memberitahu, selepas meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, beliau sebenarnya berharap agar pemimpin berikutnya meneruskan dasar-dasar yang telah dirangka.
"Apabila saya letak jawatan, saya harap dasar-dasar menyatupadukan orang Melayu yang menjayakan negara akan diteruskan.
"Bagaimanapun, apabila saya letak jawatan, dasar itu semua digugurkan dan diutamakan perkara yang lain kononnya tidak mahu nampak warisan daripada saya,” ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>