4 bekas Ketua Menteri Sabah hadir beri sokongan Gagasan Rakyat - Hajiji
Iklan
Hajiji bersama Musa, pemimpin GRS dan Pakatan Harapan (PH) Sabah ketika hadir pada Persidangan Agung Tahunan Gagasan Rakyat di SICC Kota Kinabalu.
KOTA KINABALU - Kehadiran empat bekas Ketua Menteri Sabah termasuk Tan Sri Musa Aman dalam Persidangan Agung Tahunan Parti Gagasan Rakyat (Gagasan Rakyat) disifatkan sebagai tanda sokongan mereka terhadap parti yang dipimpin Datuk Seri Hajiji Noor.
Hajiji yang juga Ketua Menteri Sabah berkata, kehadiran kesemua bekas pemimpin itu bukan sahaja sebagai sebuah penghormatan tetapi juga sokongan moral kepada parti tersebut.
Iklan
Iklan
"Saya mempunyai satu pendekatan berbeza kepada pemimpin-pemimpin kita yang lama, ada yang sudah tidak lagi aktif dalam politik, kita kena bagi penghormatan kepada mereka untuk datang ke mesyuarat seperti ini.
"Jadi semua bekas-bekas Ketua Menteri saya jemput, tetapi ada yang tidak berada di Sabah. Jadi yang lain datang, untuk itu kita ucapkan penghargaan dan sebagai penasihat serta pandangan kepada kita dalam perjuangan ini.
Dari kanan; Osu, Musa, Pairin dan Teck Lee yang hadir pada Persidangan Agung Tahunan Gagasan Rakyat di SICC Kota Kinabalu.
Iklan
"Saya tidak boleh tafsirkan begitu (sokongan), tetapi saya rasa begitulah mereka datang untuk memberi sokongan moral kepada saya dan juga kepada persidangan ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada Isnin.
Bekas Ketua Menteri Sabah yang turut hadir pada persidangan itu ialah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Datuk Seri Yong Teck Lee yang juga merangkap Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) dan Tan Sri Osu Sukam.
Iklan
Sementara itu, bercakap mengenai Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang, beliau meminta semua peringkat pimpinan sentiasa bersedia dan menggerakkan jentera parti.
Hajiji bertemu dengan Musa yang hadir pada persidangan Agung Tahunan Gagasan Rakyat di SICC Kota Kinabalu.
"Kita ada dua tahun, bukan lama lagi. Akhir tempoh kita ini ialah bulan 10 (Oktober) tahun 2025, jadi kita kena kerja," katanya.
Ditanya lanjut adakah PRN akan diadakan pada tahun hadapan, beliau dalam nada berseloroh meminta supaya didatangkan mimpi mengenai tarikh pilihan raya itu.
"Kita mimpi-mimpi dululah," katanya.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.