Penganiayaan pekerja asing, JIM pandang serius
Iklan
JIM memandang serius isu penganiayaan terhadap PRA Indonesia dan tidak akan berkompromi terhadap majikan yang mendera, menganiaya serta memanipulasi pekerja asing. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Ruslin)
PUTRAJAYA - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memandang serius isu penganiayaan terhadap pembantu rumah asing (PRA) Indonesia dan tidak akan berkompromi terhadap majikan yang mendera, menganiaya serta memanipulasi pekerja asing.
Ketua Pengarahnya, Datuk Ruslin Jusoh berkata, tindakan tegas akan diambil ke atas mana-mana majikan yang melanggar undang-undang dan syarat penggajian PRA.
Iklan
Iklan
Tegas beliau, bukan sahaja mereka akan didakwa di mahkamah jika melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, malah akan disenarai hitam daripada mendapatkan perkhidmatan PRA.
"JIM ingin menjelaskan bahawa jumlah pekerja asing Indonesia yang mempunyai pas lawatan kerja sementara (PLKS) sehingga 16 Oktober 2023 adalah seramai 447,094 orang dan daripada jumlah ini, bilangan PRA Indonesia adalah sebanyak 57,916.
Iklan
"Jabatan ini mengalu-alukan pihak KBRI untuk mengemukakan aduan secara spesifik kepada JIM supaya siasatan dan tindakan lanjut dapat dilaksanakan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata demikian bagi mengulas beberapa laporan berita yang disiarkan pada Ahad berkenaan isu penganiayaan terhadap PRA Indonesia oleh Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Indera Hermono.
Iklan
Ruslin berkata, pihaknya sentiasa bekerjasama dengan agensi berkaitan seperti Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Majlis Anti Pemerdagangan Orang (MAPO), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bagi menangani isu eksploitasi pekerja asing termasuk dari Indonesia.
Selain itu kata beliau, kebajikan dan perlindungan kepada pekerja domestik Indonesia merupakan antara perkara yang telah dimasukkan dalam memorandum persefahaman antara kerajaan Malaysia dan Indonesia mengenai penggajian dan perlindungan pekerja domestik Indonesia di Malaysia.
"JIM menyeru supaya orang awam melaporkan dan menyalurkan sebarang maklumat berkenaan majikan yang menganiaya atau mengeksploitasi pekerja asing kepada jabatan ini supaya tindakan yang tegas dapat diambil ke atas majikan tersebut," ujarnya
Lelaki yang memandu secara melulu sebuah kenderaan persendirian menggunakan tulisan 'Bomba' sehingga tular di media sosial dikenal pasti menghidap penyakit bipolar disorder atau gangguan kesihatan mental sejak kira-kira sembilan tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, hasil siasatan mendapati lelaki berusia 35 tahun itu dipercayai menangguhkan rawatan yang perlu diambil sejak lebih kurang dua tahun lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802456/berita/semasa/lelaki-pandu-kereta-bertulisan-bomba-menghidap-bipolar-disorder
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.