Tidak akan beralih sokongan jika sumber kewangan cukup
Iklan
Jamaie (gambar kecil) berpandangan tidak kira siapa yang menjadi ketua pembangkang tidak akan menjejaskan sokongan sekiranya mereka mendapat sumber kewangan yang mencukupi untuk pembangunan kawasan masing-masing.
SHAH ALAM - Tindakan empat ahli Parlimen daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang menyatakan sokongan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat sebagai respons ketidakyakinan terhadap kepimpinan blok pembangkang dalam politik negara.
Pensyarah Kanan Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Jamaie Hamil berkata, berdasarkan senario politik semasa, kegagalan pihak pembangkang yang tidak berupaya memberikan peruntukan mencukupi mengakibatkan berlaku perubahan sokongan.