Bot hilang kawalan rempuh jeti, dua kapal layar
Iklan
Keadaan bot barter trade yang merempuh jeti Royal Selangor Yacht Club, Pelabuhan Klang, Selangor pada Ahad.
KLANG – Suasana di jeti Royal Selangor Yacht Club, Pelabuhan Klang di sini, gempar apabila dua kapal layar dilanggar sebuah bot barter trade yang mengalami kerosakan enjin, pada Ahad.
Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri Selangor, Komander Maritim Mohd Sharenliza Ghazali berkata, sepasukan anggota Maritim Selangor bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan kira-kira jam 7 pagi.
Iklan
Iklan
Menurutnya, siasatan awal mendapati bot KLM Maulana Hasil Abadi dari Indonesia yang dinaiki 15 kru warga Indonesia telah mengalami kerosakan enjin selepas keluar dari Jeti Asa Niaga.
Bot KLM Maulana Hasil Abadi dari Indonesia mengalami kerosakan enjin menyebabkan ia hilang kawalan dan merempuh jeti Royal Selangor Yacht Club, Pelabuhan Klang pada Ahad.
"Kerosakan itu kemudian mengakibatkan bot hilang kawalan lalu merempuh jeti dan dua kapal layar di kawasan tersebut.
Iklan
"Namun, tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan dan bot berkenaan berjaya dibawa ke Jeti Fulsail," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata, orang ramai terutama komuniti maritim diingatkan untuk sentiasa mementingkan keselamatan diri dan sentiasa memeriksa keadaan bot.
Iklan
Jelasnya, pastikan tiada kerosakan dan bersedia untuk belayar sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut.
"Sebarang laporan kecemasan atau insiden di perairan negeri ini boleh disalurkan kepada Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-321760627 bagi tindakan lanjut," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW"><meta itemprop="description" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TRW"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-22T08:48:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P146S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqcxtu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqcxtu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqcxtu"></script>