Remaja lelaki sebabkan kemalangan maut dibebaskan dengan jaminan polis

Iklan
Gambar kecil: Tan Cheng San

BUKIT MERTAJAM - Remaja lelaki yang juga pemandu kereta dalam kemalangan membabitkan dua mangsa maut di Kilometer 1.9 Jambatan Pulau Pinang menuju arah Perai, di sini, awal pagi Sabtu dibebaskan dengan jaminan polis pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Tan Cheng San berkata, remaja yang masih bersekolah dan tiada lesen memandu itu dibebaskan selepas reman sehari terhadapnya tamat.

Iklan
Iklan

"Kami juga telah mengeluarkan saman terhadap ibu remaja itu kerana cuai dengan membenarkan anaknya menggunakan kenderaannya tanpa lesen," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Dalam kemalangan kira-kira 2.30 pagi itu, seorang penunggang lelaki dan pemboncengnya seorang wanita, kedua-duanya berusia 20-an, maut selepas motosikal ditunggangi mereka dirempuh kereta Toyota Lexus dipandu remaja terbabit yang hilang kawalan setelah melanggar sebuah lori.

Iklan

Remaja itu cedera ringan manakala pemandu lori terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mengulas lanjut, Cheng San berkata, polis telah menghantar sampel darah pemuda itu untuk ujian alkohol dan dadah, selain mendapatkan rakaman kamera litar tertutup di lokasi kejadian bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama

Iklan