Fasa Kedua F:30 lebih padu
Iklan
Hamidin - Foto FB FAM
PERSATUAN Bolasepak Malaysia (FAM) menyifatkan Fasa Pertama Peta Hala Tuju F:30 2019-2022 berjaya dicapai secara keseluruhannya.
Menurut Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, prestasi ditunjukkan kebanyakan bermula peringkat bawah sehingga ke senior menunjukan petanda positif bahawa bola sepak Malaysia semakin meningkat.
Iklan
Iklan
"Kita meletakkan harapan agar kesinambungan ini dapat diteruskan pada setiap kejuaraan pada masa depan dalam tempoh Fasa Kedua F:30.
"Jadi kita mengharapkan setiap pasukan ini akan meneruskan momentum kecemerlangan dan konsisten ke pusingan akhir kejuaraan anjuran Konfederasi Bolasepak Asia," katanya pada Sabtu.
Iklan
FAM sebelum itu melancarkan Fasa Kedua Peta Hala Tuju F:30 2023-2026, dengan tiga teras utama iaitu penumbuhan permainan, memperkasa organisasi dan pengembangan jenama.
Majlis pelancaran disempurnakan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh bersama Hamidin di sebuah hotel di Subang Jaya.
Iklan
Menerusi pelan strategik yang digariskan, lapan aspek diletakkan di bawah teras penumbuhan permainan merangkumi bola sepak lelaki dan wanita, pembangunan remaja serta akar umbi, selain pendidikan kejurulatihan.
Aspek lain dalam teras pertama itu ialah memperkasa pembangunan futsal dan bola sepak pantai, selain memberi tumpuan kepada pengadil dan e-sukan.
Dalam pada itu, empat perkara ditekankan dalam teras kedua, memperkasa organisasi iaitu infrastruktur, pendidikan, promosi pendigitalan dan memperkasa ahli gabungan.
Teras ketiga, pengembangan jenama akan menekankan tiga aspek iaitu penajaan, penerokaan platform baharu dan pembangunan kandungan bersesuaian.
Sebagai rekod, Peta Hala Tuju F:30 dengan tempoh 12 tahun itu (2019-2030), dilancarkan Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) Gianni Infantino pada 31 Oktober 2018, dibahagikan kepada tiga pelan strategik iaitu fasa pertama dari 2019 hingga 2022 untuk membina asas yang kukuh dari sudut tadbir urus, pertandingan dan pembangunan modal insan serta infrastruktur.
BERITA SEMASA 15 MEI 2024
Pemain sayap Harimau Malaya dan Selangor FC, Mohamad Faisal Abdul Halim masih memerlukan pemantauan rapi meskipun telah dipindahkan ke wad biasa daripada Unit Rawatan Rapi (ICU) semalam, susulan disimbah asid baru-baru ini.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abdul Halim berkata, proses rawatan yang diberikan kepada Mohamad Faisal atau lebih dikenali sebagai Faisal Halim itu mengambil masa panjang dan beliau kini menunjukkan perkembangan positif.
Adam Adli berkata, Faisal Halim kini dalam proses rawatan yang cukup sensitif dan semua pihak diminta untuk tidak menganggu emosi beliau.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664858/berita/sukan/faisal-halim-masih-perlu-pemantauan-rapi---adam-adli
Muzik: Elevate dari www.bensound.com