Tindakan banteras dadah dalam kalangan penjawat awam tepat

Iklan
Datuk Akhbar Satar

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperluaskan operasi bagi membanteras penyalahgunaan dadah dalam kalangan penjawat awam adalah sangat tepat.

Penganalisis Jenayah, Datuk Akhbar Satar berkata, kegiatan itu bukan sahaja menjejaskan prestasi kerja tetapi turut menggadai integriti agensi kerajaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, penyalahgunaan dadah juga membuka ruang mereka yang terlibat untuk melanggar undang-undang.

"Sebab itu, penjawat awam kita perlu bersih daripada gejala berkenaan," katanya kepada Sinar Harian.

Iklan

Beliau berkata demikian berhubung pengumuman PDRM yang akan memperluaskan operasi bagi membanteras kegiatan penyalahgunaan dadah dengan menumpukan kepada penjawat awam pula.

Sebelum ini Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd berkata, usaha itu akan dilaksanakan selepas kejayaan PDRM dalam Op Blue Devil sebelum ini.

Iklan

Seramai 262 anggota polis didapati positif dadah menerusi ujian saringan awal dijalankan di seluruh negara sejak operasi itu dilancarkan pada Ogos lalu.

Mengulas lanjut, Akhbar perkara itu boleh dikesan awal semasa pengambilan kakitangan termasuk menggunakan poligraf.