Aliran trafik sempena cuti perayaan

Iklan
Aliran trafik menuju ke Plaza Tol Gombak mulai sesak susulan orang ramai memulakan pergerakan untuk pulang ke kampung halaman masing-masing sempena cuti perayaan Deepavali ketika tinjauan foto Bernama hari ini.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan jumlah kenderaan di Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT2 meningkat sehingga 2.3 juta sempena cuti perayaan itu.