PN Perak tidak pernah pertikai peruntukan kerajaan negeri

Iklan
Zainol Fadzi

IPOH - Perikatan Nasional (PN) Perak tidak pernah membuat sebarang kenyataan bahawa kerajaan negeri tidak lagi menyalurkan peruntukan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang.

Setiausaha PN Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, tindakan Pemuda UMNO Perak mainkan isu itu menerusi satu wawancara bersama Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad dilihat cuba menimbulkan satu polemik tidak baik.

Iklan
Iklan

"PN Perak memandang serius perkara yang dibangkitkan dan amat pelik mengapa isu terbabit dimainkan oleh Pemuda Umno Perak atau mungkin terdapat salah faham dalam isu terbabit.

Menurut Zainol Fadzi, mereka berterima kasih kepada Saarani kerana masih mengekalkan dasar yang telah menetapkan pemberian peruntukan kepada ADUN kerajaan dan pembangkang.

Iklan

Tambah beliau, peruntukan itu bagaimanapun terhad dan tidak mencukupi bagi menampung permohonan orang ramai jika melibatkan kos yang besar atau memohon sesuatu projek dijalankan.

"Berbanding ADUN kerajaan, mereka boleh salurkan sebarang permohonan kepada kerajaan negeri malahan di peringkat kerajaan Persekutuan melalui menteri yang berkaitan malah mudah untuk dapatkan peruntukan," katanya.

Iklan

"Adakah kerajaan negeri atau pusat bersedia meluluskan permohonan daripada ADUN pembangkang jika terdapat sebarang permohonan untuk dimajukan bagi menghormati hak rakyat yang telah memilih wakil rakyat mereka," katanya.

Zainol Fadzi berkata, penghargaan diberikan kepada ketua jabatan peringkat negeri dan pusat dalam memberi kerjasama baik kepada ADUN PN di kawasan masing-masing.