Lihat tahap perbelanjaan individu - Pakar
Iklan
Kaedah penyasaran semula subsidi petrol dan diesel perlu melihat tahap perbelanjaan individu dan tidak boleh ditentukan mengikut tingkat gaji atau purata pendapatan isi rumah semata-mata. (Gambar kecil: Barjoyai)
SHAH ALAM - Kaedah penyasaran semula subsidi petrol dan diesel perlu melihat tahap perbelanjaan individu dan tidak boleh ditentukan mengikut tingkat gaji atau purata pendapatan isi rumah semata-mata.
Pakar ekonomi dari Universiti Tun Abdul Razak, Profesor Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkata, kerajaan perlu meningkatkan kecekapan Sistem Pangkalan Data Utama (Padu) bagi menyasarkan semula subsidi petrol dan diesel kepada golongan B40 atau M40.