Pemandu maut, lori bergesel penghadang jalan

Iklan
Siasatan lanjut akan dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut boleh menghubungi talian 09-9121222 atau 019-4742270.

GUA MUSANG - Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan itu dipercayai hilang kawalan sebelum bergesel dengan konkrit penghadang jalan di kilometer 81 Jalan Gua Musang-Lojing pada Rabu.

Dalam kejadian jam 7.15 pagi lori yang membawa muatan baja itu dalam perjalanan dari Perak menghala ke Lojing telah bergesel sejauh 534 meter sebelum terbabas di bahu jalan.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, susulan itu mangsa berusia 49 tahun terbabit maut di lokasi kejadian manakala kelindan berusia 18 tahun cedera ringan di kepala.

Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan itu dipercayai hilang kawalan lalu bergesel dengan konkrit penghadang jalan di kilometer 81 Jalan Gua Musang-Lojing pada Rabu.
Iklan
Menurut beliau, kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Iklan

Ujarnya, siasatan lanjut akan dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian terbabit boleh menghubungi talian 09-9121222 atau 019-4742270.