Mana mungkin tanah depan KLCC, RM450 kaki persegi?
Iklan
Lele Suzana (kanan) bersama Khalid (dua dari kiri) bertemu Anwar bagi mengetengahkan isu penilaian tanah Kampung Sungai Baru.
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu membuat keputusan berhubung penetapan penilaian tanah Kampung Sungai Baru, Kampung Baru di sini secepat mungkin supaya projek pembangunan semula kawasan itu dapat disegerakan.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pemilik Rumah Teres Kampung Sungai Baru, Lele Suzana Kudari berkata, hasrat tersebut telah disampaikan kepada Anwar pada pertemuan dibuat di Parlimen pada Selasa.
Iklan
Iklan
Menurutnya, tawaran RM450 kaki persegi oleh pemaju bagi lot berstatus zon komersial antarabangsa dianggap terlalu rendah dan tidak munasabah.
"Jabatan Pengurusan dan Penilaian Harta atau JPPH menilai tanah Malay Agricultural Settlement (MAS) yang berstatus rizab Melayu pada tahun 2018/2019 dengan kadar RM850 sekaki persegi. Namun pada 2021, JPPH menilai tanah kami pada kadar RM450 sekaki persegi.
Iklan
"Mana mungkin nilai harga tanah yang berstatus ‘international commercial’ ini lebih rendah daripada tanah rizab Melayu. Nilai tersebut tidak bersesuaian dengan lokasi tanah di tengah Bandaraya Kuala Lumpur," katanya pada sidang akhbar pada Rabu.
Turut hadir, bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad.
Lele Suzana (empat kiri) dan Khalid (lima dari kanan) bersama penduduk rumah teres Kampung Sungai Baru pada sidang akhbar pada Rabu.
Lele Suzana menegaskan, pemilik hanya mahu menuntut hak bagi mendapatkan pampasan setimpal dan mahu dilayan secara adil.
Iklan
Justeru katanya, Anwar serta Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani diharap dapat membantu penduduk isu penilaian hartanah bagi memberi laluan kepada projek dilaksanakan.
"Berdasarkan kedudukan tanah kami yang terletak bersebelahan Pintasan Saloma dan berhadapan KLCC, harga diletakkan oleh penilai tanah profesional adalah antara RM1,500 hingga RM2,800 bagi satu kaki persegi.
"Kami perlu pertahan untuk jual hartanah dengan kadar tinggi. Kami minta kalau boleh ditetapkan RM1,000 bagi keluasan sama namun atas dasar budi bicara RM950 pun boleh dipertimbangkan," katanya.
Sementara itu Khalid berkata, Anwar memberi jaminan untuk membantu isu penilaian tanah dituntut 32 pemilik rumah teres yang terlibat isu pengambilan tanah Kampung Sungai Baru.
"Jika tawaran 450 kaki persegi ini diteruskan ia akan menyebabkan nilai hartanah di Kampung Baru merudum kerana pembeli akan ikut penilaian sama.
"Ini yang saya pertahankan kerana semasa jadi Menteri Wilayah Persekutuan, saya tetapkan kadar harga tanah di Kampung Baru 1,000 kaki persegi.
"Apabila perkara ini berlaku, saya perlu bersuara kerana jika tak buat apa-apa, orang akan anggap apa yang saya tawarkan sebelum ini sebagai penipuan," katanya.
Pada masa sama Khalid berkata, pemaju sedia ada boleh melepaskan projek pembangunan berkenaan jika tidak mampu memenuhi tuntutan penduduk terlibat.
"Pemaju mengeluh apabila terpaksa menanggung kos sepanjang proses pengambil alihan tanah.
"Jika tak mampu membayar kadar diminta, mereka boleh serahkan projek tersebut kepada pemaju lain yang sanggup memenuhi permintaan penduduk," katanya.
BERITA SEMASA 11 MEI 2024
Calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut yakin peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu akan mencatatkan peningkatan, lapor wartawan Sinar Harian, Diana Azis.
Pemangku Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor itu juga berharap jumlah berkenaan melebihi peratusan yang dicatatkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor tahun lalu.
Terdahulu Khairul Azhari sempat meluangkan masa kira-kira 30 minit meninjau proses pengundian di pusat mengundi berkenaan.
Dalam pada itu beliau mengakui berpuas hati dengan kehadiran pengundi sejurus pusat dibuka kepada orang awam seawal jam 8 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/664153/edisi/selangor-kl/calon-pn-optimis-peratusan-keluar-mengundi-tinggi