Perang ubah peta perniagaan
Iklan
Di merata bandar-bandar besar seperti Washington, London, Paris, Berlin, Barcelona, Kaherah, Baghdad, Jakarta dan banyak lagi bandar raya, demonstrasi terus dianjurkan saban minggu. Foto hiasan
SAYA terbaca satu posting seorang pakar motivasi yang mempunyai ribuan pengikut. Beliau memberi pandangan agar kita berpada-pada dalam kempen boikot yang dilakukan.
Menurutnya, kempen memboikot restoran makanan segera dan kafe kerana syarikat induknya menyokong Israel akan mengakibatkan syarikat tempatan pula yang menanggung kerugian.