Boikot: Tiada laporan pemberhentian pekerja

Iklan
Sivakumar

IPOH - Kementerian Sumber Manusia (KSM) tidak menerima sebarang laporan berhubung pemberhentian pekerja susulan kempen boikot syarikat dan produk berkaitan Israel yang digerakkan di negara ini.

Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar berkata, berdasarkan rekod, tiada aduan rasmi dikemukakan kepada kementerian mengenai isu tersebut setakat ini.

Iklan
Iklan

"Tidak ada apa-apa aduan," katanya pada sidang media sempena majlis sambutan Deepavali Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di Hotel Impiana dekat sini pada Selasa.

Beliau berkata, kementerian bagaimanapun sedia untuk melihat perkara itu secara lebih serius sekiranya menerima aduan daripada pekerja terlibat.

Iklan

Media melaporkan, kempen boikot produk dan syarikat yang berkaitan dengan Israel, memberi kesan kepada pendapatan pekerja tempatan.

Kebanyakan mereka, rata-ratanya pekerja sambilan dikatakan terpaksa diberhentikan disebabkan syarikat tidak lagi menerima jumlah pelanggan yang ramai.

Iklan