Bunuh, bakar teman wanita hamil: Sebutan semula kes 21 Disember

Iklan
Tertuduh (kiri) diiringi polis dibawa ke Mahkamah Majistret Sungai Besar pada Selasa.

SABAK BERNAM - Mahkamah Majistret Sungai Besar di sini menetapkan 21 Disember depan bagi sebutan serahan semua laporan berkaitan kes seorang lelaki didakwa membunuh teman wanitanya yang hamil empat bulan pada Mei lalu.

Majistret Siti Hajar Ali berkata, mahkamah mengambil maklum mengenai tarikh sebutan semula kes bagi penyediaan semua laporan kimia, forensik dan bedah siasat.

Iklan
Iklan

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Afiq Qiwamuddin Mustapha Shakri sebelum itu memaklumkan semua laporan itu belum tersedia setakat ini.

Bagaimanapun, Peguam bela Muhammad Nor Tamrin tiada bantahan dan memohon sebahagian laporan itu dapat diserahkan kepada pihaknya.

Iklan

Muhammad Fakrul Aiman, 20, yang berbaju T putih tiba dengan sebuah kenderaan polis di mahkamah kira-kira jam 10 pagi Selasa.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan bunuh terhadap seorang wanita berusia 21 tahun.

Iklan

Perbuatan itu dilakukan di Jalan Sungai Limau, Sungai Besar di sini, kira-kira jam 8.30 malam 22 Mei sehingga jam 8 pagi 23 Mei lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pada 27 September lalu, mahkamah itu menolak permohonan pihak pembelaan tertuduh supaya merujuk kes itu kepada hospital psikiatri kerana ia perlu diputuskan Hakim Mahkamah Tinggi.

Muhammad Nor sebelum ini mengemukakan permohonan itu dengan mengambil kira faktor 'natural case' yang didakwa dilakukan anak guamnya dan keterangan terbaharu berkaitan keadaan mental.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, seorang lelaki bertindak kejam dengan membunuh dan membakar teman wanitanya yang hamil empat bulan di kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Limau, Sungai Besar di sini.

Mangsa yang berusia 21 tahun dibunuh kerana teman lelakinya mahu merahsiakan kehamilan selepas melakukan hubungan sulit bersama mangsa.

Mayat mangsa kemudiannya ditemui keesokan harinya selepas polis menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 8.15 pagi, 23 Mei lalu