'Pasang semula kaki asal saya'
Iklan
Petugas perubatan tiada pilihan melainkan terpaksa memotong anggota tubuh yang cedera demi untuk mengelakkan komplikasi yang mengancam nyawa pesakit.
KHAN YUNIS - Layan al-Baz menangis dalam kesakitan apabila kesan ubat penahan sakit mula beransur-ansur hilang.
"Saya tidak mahu kaki palsu. Mereka perlu pasangkan semula kaki saya,” ujar remaja berusia 13 tahun itu selepas bahagian anggota badan tersebut terpaksa dipotong akibat kecederaan dialaminya akibat kempen pengeboman ganas rejim Zionis ke atas Genting Gaza.