Selangor, KL dan Putrajaya diramal ribut petir, hujan lebat petang ini
Iklan
SHAH ALAM - Seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya diramal mengalami ribut petir serta hujan lebat sehingga jam 6 petang pada Isnin.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan keadaan sama berlaku di seluruh Melaka dan Johor manakala beberapa daerah di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.