Sitdek sambung kayuh ke Makkah tahun depan
Iklan
Antara berita mengenai Sitdek di laman sosial Facebook.
JEMPOL - Pengayuh basikal warga emas, Sitdek Ahmad Ali kekal dengan pendiriannya meneruskan Misi Kayuhan ke Makkah tahun hadapan.
Peneroka Felda Palong 4 itu berkata, dia memulakan kayuhan jelajah semenanjung Malaysia sejak Mei lalu bermula di Gemas, Negeri Sembilan dan berakhir September lepas.
Iklan
Iklan
"Jelajah ini sebagai mengumpul dana untuk Misi Kayuhan ke Makkah dan sepanjang perjalanan saya membuat jualan buku agama selain menerima sebarang sumbangan daripada orang ramai.
"Bagaimanapun, ketika siri jelajah kedua di Kuantan, saya terpaksa menghentikan kayuhan berikutan terdapat beberapa laluan menghala ke Johor ditutup akibat banjir," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.
Iklan
Warga emas berusia 62 tahun itu kini berada di Felda Palong 4 dan akan menyambung semula jelajah tersebut awal tahun hadapan bagi mencukupkan dana.
"Saya bersyukur kerana keluarga sentiasa menyokong usaha ini dan berharap rakyat negara ini terus mendoakan yang baik-baik terutama kesihatan saya," katanya.
Iklan
Mengulas lanjut, bapa kepada 16 anak dan 34 cucu ini turut mengakui menerima pelbagai reaksi masyarakat terutama di media sosial mengenai hasratnya itu.
"Tidak mengapa, terpulanglah apa yang mereka diperkatakan. Saya tidak marah dan berdoa agar ALLAH SWT sentiasa permudahkan urusan saya ini," katanya.
Antara berita mengenai Sitdek di laman sosial Facebook.
Sebelum ini, Sitdek pernah berjalan ke seluruh Semenanjung dan mengayuh beca dari Melaka ke Nanjing, China pada 2001 serta mengayuh beca di seluruh Semenanjung pada 2017.
Warga emas itu memerlukan dana RM40,000 untuk melaksanakan misi kayuhan ke Makkah, pertengahan tahun depan.
Katanya, kayuhan sejauh lebih 10,000 kilometer itu akan bermula dari Putrajaya merentasi Thailand, Myanmar, Bangladesh, India, Pakistan dan seterusnya Arab Saudi.
Seorang penyokong tegar Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem atau lebih mesra disapa YB Helmy, sanggup menukar tempat mengundi sebagai tanda sokongan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong itu untuk terus berbakti kepada rakyat, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Ibu kepada dua anak, Lee Kim Choo, 54, berkata, dia telah mengikuti rapat perkembangan YB Helmy sejak sekian lama menerusi platform media sosial dan tertarik dengan pendekatan wakil rakyat berkenaan yang sentiasa turun padang serta mendekati masyarakat tanpa mengira bangsa dan kaum.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766730/edisi/melaka-ns/sanggup-tukar-tempat-mengundi-demi-yb-helmy
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.