Verstappen unggul tawan Brazil

Iklan
Verstappen menjuarai saingan GP Brazil di Litar Interlagos, Sao Paulo pada Isnin. Foto EPA

PELUMBA sensasi, Max Verstappen berada dalam kelas tersendiri apabila meraih kemenangan ke-17 musim ini selepas mengungguli saingan Grand Prix (GP) Brazil di Sao Paulo awal pagi Isnin.

Juara dunia tiga kali Formula Satu (F1) dari Red Bull itu menamatkan perlumbaan dengan 8.277 saat (s) di depan pemandu McLaren, Lando Norris dalam cuaca panas di Litar Interlagos.

Iklan
Iklan

"Saya mempunyai dua permulaan bagus yang amat penting dan kemudian menangani keadaan tayar,” ujar Vestappen.

Ia juga merupakan kemenangan ke-52 Verstappen sepanjang kariernya mengatasi juara dunia empat kali Alain Prost dalam senarai pemenang terbanyak sepanjang zaman.

Iklan

Dalam perlumbaan itu, jaguh Aston Martin, Fernando Alonso berada di tangga ketiga dengan hanya 0.053s meninggalkan seorang lagi pemandu Red Bull, Sergio Perez untuk berada di kedudukan keempat.

Pelumba Aston Martin, Lance Stroll pula menamatkan saingan di tangga kelima di depan Carlos Sainz dari Ferrari, manakala Pierre Gasly dari Alpine pula ketujuh.

Iklan

Bagaimanapun, ia bukan hari yang baik buat pasukan Mercedes, apabila Lewis Hamilton menamatkan perlumbaan di tempat kelapan dengan ketinggalan 63 saat.

Malang turut menimpa seorang lagi pelumba Mercedes, George Russell apabila terkeluar pada pusingan ke-11.