Ibarat perlawanan akhir buat SMK Jalan Kebun

Iklan
Barisan pemain, jurulatih dan pengurusan SMK Jalan Kebun bagi saingan Piala Datuk Mokhtar Dahari B-18 2023.

SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Kebun menganggap aksi menentang SMK Seksyen 11, ibarat perlawanan akhir biarpun aksi penentuan tempat ketiga dan keempat Piala Datuk Mokhtar Dahari Bawah 18 Tahun (B-18) 2023.

Malah pengurus pasukan bola sepak B-18 SMK Jalan Kebun, Jafri Chin berkata, para pemain pasukan Klang itu bertekad menjadikan kemenangan ke atas pasukan dari Shah Alam tersebut sebagai menebus kehampaan terkandas di pentas separuh akhir kejuaraan yang mendapat tajaan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS Berhad) berkenaan.

Iklan
Iklan

"Kami tidak mahu mensia-siakan peluang apabila sampai ke tahap empat terbaik dengan melabuh tirai saingan Piala Datuk Mokhtar Dahari 2023 dengan noktah kemenangan," katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad.

Sebagai rekod, perlawanan penentuan tempat ketiga dan keempat Piala Datuk Mokhtar Dahari B-18 2023 menemukan SMK Jalan Kebun menentang SMK Seksyen 11 bakal berlangsung di padang sintetik Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Seksyen 19, Shah Alam pada Isnin.

Iklan

Pada masa sama, Jafri mengakui skuad kendalian Mohd Ismadi Samsudin itu akan lebih berwaspada berdepan SMK Seksyen 11 yang merupakan pasukan pilihan.

"Kami mengambil pendekatan untuk lebih berwaspada memandangkan SMK Seksyen 11, merupakan sekolah sukan negeri yang cukup digeruni dalam sejarah bola sepak negeri Selangor.

Iklan

"Bagaimanapun saya percaya peluang kedua-dua pasukan tetap 50-50 dalam perlawanan ini.

"Pasukan yang tampil dengan prestasi terbaik sepanjang perlawanan, itulah pemenang. Pasukan SMK Jalan Kebun bersedia dengan sebarang kemungkinan perlawanan esok (Isnin)," katanya.