Bantuan perubatan segera dijatuhkan ke Gaza - Raja Jordan

Iklan
Anak kapal tentera udara Jordan memuatkan bekalan perubatan ke dalam pesawat kargo tentera untuk dijatuhkan ke hospital lapangan di Gaza. - Foto: Agensi

AMMAN - Tentera udara Jordan menghantar bekalan perubatan penting ke hospital lapangan di Genting Gaza yang dikepung, kata Raja Abdullah II pada awal Isnin.

Menurutnya, tindakan itu sebagai memenuhi kewajipan untuk membantu rakyat Palestin yang cedera dalam perang di Gaza.

Iklan
Iklan

"Kami akan sentiasa berada di sana untuk saudara-saudara Palestin kami," katanya di X.

Rejim Zionis pada Ahad membedil Gaza untuk hari ke-30 berturut-turut sebagai tindak balas terhadap serangan Hamas di sempadan Israel.

Iklan

Bagaimanapun, operasi tersebut telah meragut hampir 10,000 nyawa orang awam dengan kira-kira dua pertiga daripadanya adalah wanita dan kanak-kanak.

Tel Aviv juga berulang kali menolak gesaan antarabangsa untuk gencatan senjata segera dengan alasan 'tekanan demi tekanan' ke atas Gaza akan melumpuhkan pejuang Hamas. - AFP

Iklan