Bantu rakyat Palestin, bermula di sini
Iklan
Terdapat kira-kira 3,000 pelarian dari Gaza dan Tebing Barat di Malaysia, ramai daripada mereka kehilangan orang tersayang selepas perang meletus.
SOKONGAN untuk Palestin dan solidariti dengan rakyat Palestin terus dizahirkan dengan kuat oleh rakyat Malaysia, dalam menghadapi pengeboman Israel di Semenanjung Gaza dan sekatan bekalan.
Imej mengerikan orang mati termasuk terlalu ramai kanak-kanak, pemandangan kawasan kejiranan menjadi runtuhan dan huru-hara di hospital yang hampir tidak berfungsi telah memenuhi saluran berita serta media sosial.