'Potong gaji, elaun bulanan wakil rakyat ponteng Parlimen'
Iklan
Pemotongan gaji dan elaun bulanan perlu dibuat terhadap ahli-ahli Parlimen yang gagal hadir secara penuh bagi sesi sidang Dewan Rakyat. (Gambar kecil dari kiri: Abdul Aziz, Johari)
SHAH ALAM - Pemotongan gaji dan elaun bulanan perlu dibuat terhadap ahli-ahli Parlimen yang gagal hadir secara penuh bagi sesi sidang Dewan Rakyat tanpa sebab-sebab kecemasan, kesihatan atau hal-hal mustahak.
Perkara itu perlu dilakukan sebagai memberi kesedaran kepada wakil rakyat dan meningkatkan kehadiran ketika sidang Parlimen, selain cadangan memaparkan nama mereka yang 'ponteng' persidangan di laman web Dewan Rakyat.