Misi raih menang berganda
Iklan
Afnan Hamimi ketika diwawancara secara ekslusif di Bangunan Parlimen pada Selasa. - Foto Sinar Harian MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
KETUA Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden berpandangan parti itu perlu meneroka lebih banyak hubungan dengan kaum bukan Melayu sekiranya ingin meraih kemenangan berganda dalam pilihan raya akan datang.
Menurutnya, hubungan lebih luas bukan sahaja membantu kemenangan tetapi turut memberi peluang kepada parti yang sinonim dengan Melayu-Islam itu menjawab kekeliruan yang timbul termasuk isu Islamophobia dalam kalangan bukan Islam.