Zakir Naik derma duit menang saman RM1.52 juta kepada Palestin
Iklan
Kenyataan yang dikeluarkan Zakir Naik pada Sabtu.
SHAH ALAM - Penceramah dari India, Dr Zakir Naik berhasrat untuk mendermakan sepenuhnya RM1.52 juta saman yang dimenanginya terhadap bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy kepada Palestin.
Zakir dalam satu kenyataan di Facebook turut berharap, usaha yang dibuatnya itu diterima ALLAH SWT.
Iklan
Iklan
"Dalam melindungi Masjid al-Aqsa iaitu tapak ketiga paling suci dalam Islam, rakyat Palestin melaksanakan fardhu kifayah (kewajipan bersama) bagi pihak seluruh umat Islam.
"Saya berdoa agar ALLAH memberikan keteguhan dan kemenangan kepada penentangan rakyat Palestin. Semoga Dia meringankan penderitaan saudara kita di sana, menguatkan mereka melawan penindas serta memasukkan syuhada ke darjat tertinggi di syurga,” katanya pada Sabtu.
Iklan
Pada Khamis lalu, Ramasamy diperintah membayar RM1.52 juta kepada Zakir dalam masa 30 hari selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan saman dikemukakan Zakir, empat tahun lalu.
Bekas pemimpin DAP itu selaku defendan perlu membayar ganti rugi am sebanyak RM1 juta, ganti rugi teladan RM250,000, ganti rugi teruk RM100,000, pampasan RM100,000 dengan kos sebanyak RM70,000.
Iklan
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan Ramasamy untuk menangguhkan permohonan maaf kepada Zakir dan menetapkan tarikh 1 Disember depan untuk prosiding pendengaran berhubung isu berkenaan.
Ketika membaca keputusan penghakiman, Hakim Hayatul Akmal berkata, mahkamah mendapati Ramasamy gagal membuktikan kewajaran penerbitan kenyataannya terhadap Zakir.
Menurutnya, kenyataan berbaur dendam dengan niat jahat itu berlaku lebih tiga tahun, iaitu bermula 10 April 2016 hingga 8 November 2019.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil beri sinar harapan, kumpul RM134,477.79"><meta itemprop="description" content="Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil beri sinar harapan, kumpul RM134,477.79
Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil memberi sinar harapan kepada kanak-kanak yang memerlukan rawatan jantung apabila berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM134,477.79 hasil keprihatinan masyarakat seluruh negara, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid dan juruvideo, Zamir Yusof.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Shaiful Azmi Yahaya berkata, sumbangan berkenaan memberi peluang kepada pesakit mendapatkan akses kepada rawatan yang diperlukan, selain meringankan kebimbangan kewangan keluarga.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797454/berita/nasional/kempen-sinar-untuk-jantung-si-kecil-beri-sinar-harapan-kumpul-rm134477-79
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-22T12:28:15.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P180S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbbg4c2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbbg4c2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbbg4c2"></script>