PRK Jepak: Proses pengundian berjalan lancar
Iklan
BINTULU - Proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini dilaporkan setakat tengah hari ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh.
"Semua pengundi juga telah menjalankan proses pengundian dengan baik dan tiada gangguan oleh mana-mana pihak, keadaan tenang dan aman," katanya selepas meninjau proses pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Bintulu, di sini pada Sabtu.