Pilihan Raya Kecil DUN Jepak

Iklan
Pengundi menunggu giliran untuk mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Bintulu hari ini.

PRK berkenaan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Iskandar Turkee, calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Stevenson Joseph Sumbang dan calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) Chieng Lea Phing.