Bekas menteri setuju syarikat air tentukan tarif
Iklan
Dr Xavier Jayakumar
SHAH ALAM - Syarikat operator air perlu diberi kebebasan menetapkan sendiri kadar tarif yang munasabah kepada pengguna domestik di negara ini pada masa depan.
Bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Datuk Dr Xavier Jayakumar berkata, langkah itu membolehkan syarikat operator membekalkan sumber air bersih kepada pengguna sepanjang 365 hari setahun tanpa sebarang masalah gangguan bekalan.