Pembangkang berkesan
Iklan
Keperluan mempunyai pembangkang berkesan dan berdaya maju sangat penting. Gambar fail.
SATU sisi demokrasi yang jarang dibincangkan, namun sangat penting dan signifikan dalam pendemokrasian sihat ialah kepembangkangan (baca: pembangkang).
Ia selaras dengan semangat ‘kerajaan melalui perbincangan’ yang dianjurkan demokrasi – perbincangan lazimnya digerakkan menerusi proses berhujah dan membalas hujah.