PLKN 3.0 hanya libatkan remaja lahir tahun 2007

Iklan
Hanya remaja yang lahir pada 2007 akan dipanggil untuk menyertai PLKN 3.0. - Foto Bernama

SHAH ALAM - Hanya remaja yang lahir pada tahun 2007 akan dipanggil untuk menjalani Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 sekiranya program itu dilaksanakan semula bermula tahun hadapan.

Kementerian Pertahanan (Mindef) dalam satu kenyataan berkata, secara dasarnya, kerajaan bersetuju untuk memperkenalkan semula PLKN dengan kaedah yang baharu, PLKN 3.0 selaras Akta Latihan Khidmat Negara 2003 (Akta 628).

Iklan
Iklan

Menurutnya, pelatih akan dipilih mengikut tahun kelahiran iaitu terdapat garis permulaan tahun kelahiran tertentu bagi pelatih untuk memulakan PLKN 3.0.

"Sekiranya pelatih yang dipilih tidak dapat menyertai latihan khidmat negara atas sebab yang dibenarkan, mereka boleh memohon penangguhan.

Iklan

"Had maksimum untuk menjadi pelatih adalah sehingga umur 35 tahun," katanya pada Jumaat.

Mindef turut berharap agar penjelasan tersebut dapat menyelesaikan kekeliruan dan kegusaran orang awam mengenai penetapan umur pelatih PLKN 3.0.

Iklan

Tular di media sosial apabila terdapat pihak membuat hantaran mendakwa peserta yang akan dipilih menyertai PLKN untuk fasa baharu adalah individu dalam kalangan belia berusia 16 hingga 35 tahun.

Pada 31 Oktober lalu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan dilaporkan berkata, PLKN akan dilaksanakan menerusi dua fasa.

Menurutnya, Fasa 1 membabitkan pelajar Tingkatan Empat melalui silibus Kementerian Pendidikan (KPM), yang mengandungi silibus kokurikulum seperti kadet polis, bomba dan pengakap.

Manakala, pelajar Tingkatan Lima yang dikecualikan untuk menjalani latihan di Fasa 1 bagi memberi laluan kepada mereka melakukan persediaan menempuhi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula akan menyertai Fasa 2 di kem latihan Askar Wataniah sedia ada.