Graduan juga kena jadi premium
Iklan
Kualiti akademik, penglibatan aktiviti di kampus kayu ukur majikan pilih pekerja berkemampuan. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Amir Hamzah dan Muhammad Iman)
SHAH ALAM - Mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) perlu mempertingkatkan nilai prestasi mereka sebagai graduan berkualiti selari dengan permintaan majikan dalam sektor pekerjaan bergaji premium.
Presiden Persatuan Kebangsaan IPTS Bumiputera, Amir Hamzah Md Isa berkata, ia berikutan nilai kualiti dari segi pencapaian akademik, kepimpinan, komunikasi dan penglibatan aktiviti di dalam kampus merupakan kayu ukur penting kepada majikan dalam memilih pekerja yang berkemampuan.