'Ia bukan mesej politik tapi kemanusiaan'

Iklan
Ons Jabeur. - Foto Agensi

BINTANG tenis Tunisia, Ons Jabeur akan mendermakan sebahagian wang hadiahnya daripada Pusingan Akhir Siri WTA kepada rakyat Palestin yang dipalit serangan Israel ke atas Gaza.

"Keadaan di dunia tidak menggembirakan saya,” kata Jabeur beremosi menahan sebak selepas kemenangannya ke atas Marketa Vondrousova di Cancun, Mexico pada Khamis.

Iklan
Iklan

Jabeur berkata,"Sangat sukar melihat kanak-kanak, bayi mati setiap hari.

"Ia menyayat hati, jadi saya memutuskan menderma sebahagian wang hadiah bagi membantu rakyat Palestin.

Iklan

"Ia bukan mesej politik, sebaliknya kemanusiaan...Saya mahukan keamanan di dunia ini. Itu sahaja.”

Bekas pemain nombor dua dunia tersebut sebelum itu menebus kekalahan di pentas Wimbledon, apabila menewaskan Vondrousova straight set 6-4, 6-3

Iklan

Pemain berusia 29 tahun itu akan berdepan pendahulu kumpulan, Iga Swiatek dalam perlawanan terakhir kumpulan ketika dia mengintai empat teratas Pusingan Akhir Siri WTA buat kali pertama, selepas tersingkir di peringkat kumpulan pada 2022.