Enam rumah di Kampung Jugan ditenggelami air

Iklan

KUCHING - Enam buah rumah di Kampung Jugan, Bau ditenggelami air sedalam lebih satu meter, setakat 10 malam ini.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri Sarawak dalam satu kenyataan, memaklumkan berdasarkan maklumat diterima daripada ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bau, banjir berkenaan berlaku di Lorong 21, Kampung Jugan, Jalan Bau Lundu.

Iklan
Iklan

Kenyataan itu menyebut pusat pemindahan di balai raya Kampung Jugan telah dibuka dan setakat 10 malam ini, tiga keluarga yang terjejas banjir sudah didaftarkan.

Di samping itu, Bilik Gerakan Banjir Daerah Bau dibuka di Pejabat Daerah Bau.

Iklan
Iklan

Dalam pada itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata tiada kejadian banjir dilaporkan di tempat lain di negeri ini, setakat ini. - Bernama