Harga ayam masih stabil
Iklan
Peniaga menjual ayam ketika tinjauan di pasar basah sekitar Kuala Lumpur.
PENAMATAN subsidi dan harga kawalan ayam yang bermula Rabu, menunjukkan tiada peningkatan ketara, sebaliknya kebanyakan tempat masih mengekalkan harga sekitar RM6.49 hingga RM9.90 bagi setiap kilogram (kg).
Ia berdasarkan hasil tinjauan harga di negeri Semenanjung seperti Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka dan Kelantan.