Perang Hizbullah-Israel bakal tercetus?
Iklan
Serangan rentas sempadan Israel-Lubnan semakin meningkat sejak peperangan Gaza tercetus pada 7 Oktober lalu.
BEIRUT - Terdapat kebimbangan yang semakin meningkat jika pertempuran antara pejuang Hizbullah dan Israel semakin tidak terkawal dan berisiko mencetuskan peperangan lebih besar di rantau Asia Barat.
Sejak kebelakangan ini, kedua-dua pihak itu telah mula melancarkan serangan melangkaui kawasan sempadan Tel Aviv-Beirut walaupun pada asalnya sasaran mereka hanyalah pos kawalan musuh.