Pesakit kedua terima implan jantung babi meninggal dunia
Iklan
FREDERICK - Seorang lelaki berusia 58 tahun di Amerika Syarikat (AS) yang menerima jantung babi diubah suai meninggal dunia pada Isnin, hampir enam minggu selepas dia melakukan prosedur itu.
Jurucakap University of Maryland Medical Centre pada Selasa mengumumkan Lawrence Faucette dari Frederick itu merupakan pesakit kedua di pusat perubatan tersebut yang menjalani pemindahan jantung tersebut.