Abdul Rashid dilantik Ketua Pengarah MSN baharu
Iklan
Penyerahan surat lantikan selaku Ketua Pengarah MSN kepada Abdul Rashid (tiga dari kiri) oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh. - Foto Facebook MSN
TIMBALAN Ketua Pengarah (Pengurusan) Majlis Sukan Negara (MSN), Abdul Rashid Yaakub dilantik sebagai Ketua Pengarah MSN yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Pelantikan Abdul Rashid bagi menggantikan Datuk Ahmad Shapawi Ismail yang bersara wajib pada 28 September lepas, demikian diumumkan MSN dalam kenyataan.
Iklan
Iklan
Abdul Rashid, 59, berkelulusan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Utara Malaysia mula berkhidmat di MSN sebagai Ketua Unit Kewangan pada 1988 hingga 2002.
Beliau kemudian dilantik sebagai Pengarah Cawangan Kewangan pada 2003 hingga 2006, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan (2007-2017), Pengarah Bahagian Korporat (2018-2019) dan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) bermula 2020.
Iklan
Abdul Rashid mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak berkepentingan yang melantik dirinya untuk menerajui badan induk berkenaan serta berikrar akan menggalas tanggungjawab menggunakan pengalamannya selama 35 tahun di MSN.
"Saya mahu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, Kementerian Belia dan Sukan serta Ahli Lembaga Pengurus MSN kerana melantik saya selaku Ketua Pengarah MSN.
Iklan
"Insya-ALLAH kita buat perbincangan bersama dan laksanakan perubahan mana perlu manakala yang baik akan kita teruskan supaya dapat mempertingkatkan lagi prestasi sukan di negara,” katanya menerusi rakaman video yang dikongsi kepada media hari ini. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW"><meta itemprop="description" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TRW"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-22T08:48:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gI9n21gsTdQgvMPri/x1080"><meta itemprop="duration" content="P146S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqcxtu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqcxtu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqcxtu"></script>