Boleh ancam nyawa penyewa
Iklan
Laporan Sinar Harian pada Rabu. (Gambar kecil: Nor Hisham)
KEWUJUDAN bilik sewa partition yang diubah suai tanpa pematuhan undang-undang boleh mengundang bahaya kepada penyewa terutama jika berlaku kebakaran.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, kesesakan, tahap ketahanan api pemetakan, pengudaraan, pencahayaan dan laluan kecemasan tidak mengikut spesifikasi boleh mengancam nyawa penyewa.