Keganasan berleluasa di Tebing Barat
Iklan
Kediaman seorang penduduk Palestin di kem pelarian Jalazone di utara Tebing Barat dirobohkan atas alasan kononnya dibina tanpa permit.
RAMALLAH - Dalam tempoh sejam, perkampungan Wadi al-Seeq yang didiami puak Bedouin di Tebing Barat kosong selepas kira-kira 200 penduduk terpaksa melarikan diri bersama haiwan ternakan mereka.
Pada 12 Oktober lalu, lima hari selepas konflik terbaharu Hamas-rejim Zionis tercetus, penduduk Palestin di kawasan itu mendakwa pelampau Yahudi diiringi pihak berkuasa Israel menceroboh masuk ke perkampungan mereka.