Annuar sedia berkhidmat, teruskan perjuangan Pas
Iklan
Hantaran Annuar di Facebook beliau pada petang Selasa.
SHAH ALAM - Bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa yang baharu dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas Pusat bersedia berkhidmat untuk meneruskan perjuangan parti itu bersama saf kepimpinan sedia ada.
Pengerusi Muafakat Nasional (MN) itu berkata, beliau turut dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pilihanraya Pas.
Iklan
Iklan
Kata bekas Ahli Parlimen Ketereh itu, beliau dimaklumkan mengenai pelantikan tersebut oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Jawatankuasa Pas Pusat yang memberikan kepercayaan kepada saya.
Iklan
"Insya-ALLAH saya akan terlebih dahulu membuat kunjungan ke atas Tan Sri Tuan Guru (Abdul Hadi) dan Ketua Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pas Pusat, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam masa terdekat untuk mendapat arahan dan panduan seterusnya.
"Semoga ALLAH SWT permudahkan segala urusan dalam memikul amanah yang diberikan ini," katanya menerusi satu kenyataan di Facebook beliau pada petang Selasa.
Iklan
Sinar Harian terdahulu melaporkan Annuar dan seorang lagi bekas pemimpin UMNO, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim dilantik menjadi AJK Pas Pusat dalam mesyuarat jawatankuasa kerja parti itu pada Isnin.
Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan berkata, pelantikan jawatan tersebut dicadangkan serta dipersetujui berdasarkan peruntukan Fasal 25 dan 26 Perlembagaan parti berkenaan.
Pada Disember 2022 lalu, Annuar dan Shahidan menjadi antara pemimpin UMNO yang dipecat keahliannya pada Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu.
Annuar yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan kemudian disahkan sebagai ahli Pas pada Jun lalu sementara Shahidan bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dan mempertahankan kerusi Parlimen Arau.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Jangan risau Akmal, abang tahu anak muda Melaka mahukan siapa' - Zahid"><meta itemprop="description" content="Suara Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh yang menyatakan pendirian tidak akan bertanding sekiranya Barisan Nasional (BN) bekerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) mendapat perhatian Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Ahmad Zahid memberi jaminan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu tidak perlu khuatir mengenai strategi parti dalam menentukan hala tuju menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/795110/berita/politik/jangan-risau-akmal-abang-tahu-anak-muda-melaka-mahukan-siapa---zahid
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #UMNo #PRNMelaka"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-06T12:28:11.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P75S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb4g916"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb4g916"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb4g916"></script>