Perluas Minggu Solidariti Palestin ke sekolah jenis kebangsaan - Razeef

Iklan
Razeef

SHAH ALAM - Kerajaan tidak perlu akur kepada gesaan sesetengah pihak yang menentang pelaksanaan Minggu Solidariti Palestin di sekolah.

Malah Timbalan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Razeef Rakimin berpandangan, program berkenaan perlu diperluaskan ke sekolah jenis kebangsaan (SJK).

Iklan
Iklan

"Saya akui tindakan sebuah sekolah yang seolah-olah melatih anak-anak untuk menjadi militan itu salah.

"Namun saya yakin kesilapan sebuah sekolah tidak akan menghentikan usaha murni Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) terutama selepas garis panduan pelaksanaan program telah dikeluarkan.

Iklan

"Bagi saya ini inisiatif yang baik dalam menjadikan sekolah sebagai tempat bukan sahaja anak-anak belajar akademik, malah untuk menjadi insan yang mempunyai sifat manusiawi dan adab," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Razeef

Dalam pada itu, Razeef berkata, program solidariti untuk Palestin mampu mendidik mereka untuk mempunyai sifat kebersamaan, prihatin, menolak serta berani menentang kekejaman.

Iklan

Ujar beliau, ia penting dalam usaha menanam akhlak yang baik kepada pelajar.

"Demi menjaga perpaduan yang telah lama wujud, marilah kita bersama mendukung usaha kerajaan membela rakyat Palestin atas nama kemanusiaan.

"Saya minta sahabat-sahabat rakyat Malaysia untuk tidak mempertikai keputusan kerajaan menyokong Palestin. Ini berkenaan isu kemanusiaan, bukan agama semata," katanya.